Tahukah anda - kitar semula di Jerman?



SISTEM GREEN DOT DI JERMAN
Sistem Green Dot (Jerman: Der GrĂ¼ne Punkt) adalah satu simbol berlesen untuk satu jaringan sistem tajaan industri di negara-negara Eropah untuk barangan yang boleh dikitar semula.

Di bawah skim ini, semua syarikat atau pengeluar perlu bertanggungjawab ke atas barangan keluaran mereka. Ini termasuklah menguruskan mengutip balik bungkusan, untuk mengelakkan penambahan sampah sarap di negara tersebut.

Sekiranya ada syarikat pengeluar yang enggan menyertai Sistem Green Dot, maka mereka perlu mengutip sendiri bungkusan buangan mereka sendiri dan mengitar semula barangan mereka.

Sejak sistem ini diperkenalkan, sudah ada 23 negara Eropah menyertainya. Di antaranya ialah Perancis, Turkey, Sepanyol, Portugis dan Bulgaria. Semua syarikat yang menyertai sistem ini perlu menggunakan logo seperti yang ditunjukkan di bawah ini.

Setakat ini Green Dot telah digunakan oleh lebih daripada 130000 buah syarikat termasuk 460 bilion bungkusan.





Logo seperti yang ditunjukkan di atas ini boleh kita nampak pada bungkusan coklat yang kita biasa beli di pasaraya, khasnya yang diimport dari negara-negara Eropah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Write your comment here.