Apa bezanya Chum dengan Tupik?

Chum di Siberia





Chum merupakan petempatan sementara untuk penduduk Siberia yang berpindah randah di barat laut Rusia. Saiznya agak besar, kadang-kala boleh sampai diameter 10 meter. Chum diperbuat daripada kayu yang diikat disaluti dengan kulit rusa, meninggalkan bahagian tengah di atas terbuka. Ini adalah untuk membolehkan asap unggun api keluar.


Tupik di Greenland


Tupik pula adalah diperbuat daripada kanvas. Orang inuit di Greenland menggunakannya untuk perkhemahan (walaupun dalam buku teks menyebut ia tempat tinggal orang Inuit pada musim panas??? tinggal di Igloo pada musim sejuk??? pada zaman moden ini???) Di dalam tupik ada dapur kayu api untuk memanaskan badan. Terdapat juga satu paip yang sambung ke atas bumbung seperti dalam chum membolehkan asap keluar. Tupik boleh digunakan setiap musim, tidak kira musim panas atau musim sejuk.

1 ulasan:

  1. Dalam buku teks zon terengganu, dinyatakan penduduk Greenland tinggal di rumah yang dibekalkan dengan air dan elektrik. Tidak ramai lagi yang tinggal di tupik dan igloo.

    BalasPadam

Write your comment here.