Kundis di Gurun Thar

Alangkah bernasib baiknya orang Malaysia. Cuba lihat keadaan orang di Gurun Thar, India. Air amat diperlukan dalam kehidupan harian. Kekurangan air sangat kritikal sehingga mereka mempunyai laman web, khas untuk membincangkan cara memperoleh sumber air dari bawah tanah. Klik sini untuk lihat. Satu cara menyimpan air di Gurun Thar adalah dengan membina kund.



Bentuk kund atau kundi adalah seperti sebiji cawan yang diletakkan di atas piring. Tujuannya adalah untuk menyimpan air hujan di Gurun Thar dan sebahagian kawasan Gujerat. Bentuknya seperti cawan membolehkan air hujan mengalir ke bahagian tengah perigi. Bahagian atas perigi ditutupi dengan jala wayar untuk mengelakkan pasir dan batuan kecil terjatuh ke dalam air. Bahagian tepi perigi pula disapu dengan batu kapur dan abu. Kebanyakan kund ditutup rapi untuk mengelakkan sejatan. Air akan dikeluarkan dengan menggunakan baldi yang diikat dengan tali diturunkan dari atas. Bukan semua orang mampu memiliki kund. Hanya mereka yang kaya dan memiliki tanah mampu membina kund. Bagi orang yang miskin pula, mereka menggunakan kund yang dibina untuk orang awam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Write your comment here.