Isnin, 8 Jun 2009

Musim Bunga, Musim Panas, Musim Luruh dan Musim Sejuk

Inilah 4 musim yang terdapat di negara-negara hawa sederhana. Tontoni slaid yang menunjukkan tumbuh-tumbuhan 4 musim ini.

Musim Bunga
Ekuinoks musim bunga biasanya bermula pada 21 Mac apabila matahari memancar terus ke khatulistiwa. Pada hari tersebut, semua tempat di dunia mengalami 12 jam siang dan 12 jam malam.


Musim Panas
Solstis musim panas bermula pada 21 Jun. Matahari memancar terus ke Garisan Sartan. Kawasan hemisfera utara mengalami siang yang lebih panjang daripada malam. kawasan hemisfera selatan pula mengalami musim sejuk pada masa ini.


Musim Luruh
Ekuinoks musim luruh bermula pada 23 September. Semua tempat di dunia mengalami 12 jam siang dan 12 jam malam.


Musim Sejuk
Solstis musim sejuk bermula pada 22 Disember. Hemisfera utara mengalami malam yang lebih panjang berbanding siang. Hemisfera selatan pula mengalami musim panas.