Pertanian Teres

Dalam Bab 7 Potensi dan halangan bentuk muka bumi terhadap kegiatan manusia (Tingkatan 1) pelajar belajar tentang pertanian teres di Pulau Jawa, Indonesia. Tanaman yang ditanam di Pulau Jawa adalah padi. Tujuannya adalah untuk mengelakkan hakisan tanah. Di Malaysia, pertanian teres juga dijalankan di Tanah Tinggi Cameron Pahang dan Kundasang di Sabah. Tanaman yang ditanam termasuk teh dan pelbagai jenis tanaman hawa sederhana.

Pertanian teres juga dijalankan di GuangXi, China. Tahun lalu ketika cikgu melawat ke Guilin China, tidak berkesempatan melawat tempat ini kerana arahnya bertentangan dengan jalan ke Guilin. Cuba tontoni klip video tentang pertanian teres di Lonji China.