Garisan Tarikh Antarabangsa yang bengkang bengkok

Beberapa hari yang lalu, cikgu mengajar topik Mengira waktu tempatan dalam Geografi Tingkatan 4. Pelajar keliru dengan konsep GTA terutama apabila diminta mengira waktu yang melibatkan perubahan tarikh.

Menurut wikipedia, Garisan Tarikh Antarabangsa adalah garisan rekaan semata-mata menganjur dari kutub utara ke kutub selatan. Garisan ini bertempat di garisan meridian (longitud) yang ke-180 di Lautan Pasifik. Sesiapa yang melintasi gaisan ini perlu membetulkan jamnya kepada lebih sehari atau kurang sehari.

Bumi terbahagi kepada 24 zon masa. Seseorang yang terbang ke barat perlu memusingkan jamnya satu jam ke belakang bagi tiap-tiap zon masa (15°) yang dilaluinya. Jadi jika seseorang itu mengelilingi dunia dari London (Meridian Greenwich) ke timur, maka dia harus mencepatkan jamnya selama satu jam bagi setiap zon masa yang dilaluinya itu. Oleh itu dia akan “kehilangan” 12 jam apabila dia melalui Garisan Tarikh Antarabangsa, dan 24 jam apabila dia sampai kembali di London. Namun apabila dia melintasi Garisan Tarikh Antarabangsa (dari timur ke barat), dia harus menambah 24 jam (sehari). Ini adalah supaya kiraan masa pengembara tersebut konsisten dengan kiraan masa di seluruh dunia. Sebaliknya jika dia melintasi Garisan Tarikh Antarabangsa dari barat ke timur, dia perlu menolak 24 jam pada jamnya.



Garisan meridian yang ke-180 dipilih sebagai Garisan Tarikh Antarabangsa kerana sebahagian besar kawasan ini adalah lautan (iaitu Lautan Pasifik). Jadi tidak banyak orang terganggu dengan pertukaran masa di kawasan ini.

Garisan Tarikh Antarabangsa tidaklah lurus, malahan bengkok pada tempat-tempat tertentu supaya pulau-pulau yang dilaluinya, contohnya Kiribati, tidak terbahagi dua. Tempat-tempat di mana garisan ini bengkok bergantung kepada kerajaan negara yang dilalui garisan ini. Kiribati adalah sebuah republik pulau yang terletak di tengah lautan Pasifik. Ia terdiri daripada 32 atol dan sebuah pulau terumbu karang. Garisan Tarikh Antarabangsa tidak dilukis lurus kerana perletakan pulau-pulau Republik Kiribati yang berselerak sehingga ke 150 darjah Barat.

Selain daripada Kiribati, kerajaan pulau yang lain adalah seperti Tonga, Samoa dan Hawaii. Walaupun keempat-empat negara ini terletak dalam zon waktu yang sama, mengalami waktu yang sama tetapi disebabkan garisan GTA yang dilukis bengkang bengkok, mereka mengalami tarikh yang berbeza.

Untuk melihat waktu dan tarikh Fiji, Tonga, Samoa dan Hawaii, klik sini.

1 ulasan:

  1. latitud and longitud ni form2 pun ade bljr jugak kan?

    BalasPadam

Write your comment here.