Menara CN Vs Menara KL

Dalam topik Tingkatan 2 kita belajar tentang sistem komunikasi. Tentu tidak asing lagi dengan nama Menara CN dan Menara KL - kedua-dua adalah tempat siaran radio dan televisyen.

Menara CN (waktu siang)


Menara CN (waktu malam)


Menara CN adalah bangunan tertinggi di dunia yang tegak sendiri di permukaan tanah. Tingginya 553.33 meter. Menara ini terletak di kota Toronto, Ontario, Kanada, dan dianggap sebagai ikon kota tersebu. Menara ini mulai dibangun tahun 1973.

CN adalah singkatan resmi dari Canadian National Railway (Kereta Api Nasional Kanada), namun setelah perusahaan itu memutuskan untuk menarik pelaburannya, Menara CN diambilalih oleh Canada Lands Company (CLC), sebuah Crown corporation federal yang bertanggungjawab atas pembangunan real estate. Penduduk Toronto masih ingin mempertahankan nama Menara CN. Kini singkatan CN itu bermaksud Canada's National dan bukan asalnya Canadian National.

Menara KL (waktu siang)


Menara KL (waktu malam)


Menara Kuala Lumpur pula ialah sebuah menara terletak 515 meter dari aras laut dengan ketinggian 421 meter. Menara Kuala Lumpur terletak di kemuncak Bukit Nanas 94 m dari aras laut. Menara Kuala Lumpur telah dirasmikan oleh Bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr. Mahathir bin Mohamad pada 1 Oktober 1996.

Menara Kuala Lumpur dibina sebagai menara komunikasi untuk mempertingkatkan khidmat telekomunikasi dan sistem pemancar. Di sini siaran radio RTM iaitu Klasik Nasional, Muzik FM, KL FM, Traxx FM, Ai FM, Minnal FM, Asyik FM, televisyen RTM1 dan RTM2 milik Radio Televisyen Malaysia dan NTV7 siaran UHF dapat diterima sehingga 40km jauhnya.

Menara Telekomunikasi Kuala Lumpur ini merupakan menara telekomunikasi yang kelima tertinggi di dunia selepas Menara CN di Kanada pada ketinggian 553m, Menara Ostankino di Russia setinggi 537m, Menara Shanghai di Negara China dengan 468m tinggi dan Borj-e Milad dengan ketinggian 435m di Iran. Menara 421 meter tinggi ini mula dibina pada tahun 1993 dan siap pada 1996.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Write your comment here.