BRAZIL - kurang penduduk atau penduduk berlebihan?

Soalan ini sering ditanya-tanya oleh guru dan pelajar. Hal ini timbul sebab fakta yang diberikan dalam buku teks Tingkatan 2 berbeza. Dalam buku teks yang ditulis oleh Latifah binti Mahfod and Shamshiah binti Ahmad, terbitan Edaran Kemajuan (M) Sdn Bhd (yang digunakan oleh Sabah & Sarawak) m/s 106, Brazil disebut sebagai negara penduduk berlebihan. Dalam buku teks yang ditulis oleh Chong Mui Sen and Azizan bin Hj Abu Samah terbitan Percetakan Saufi pula, Brazil ialah negara kurang penduduk.

Merujuk kepada: http://en.wikipedia.org/wiki/Brazil, Brazil sepatutnya dikategori sebagai negara Kurang Penduduk.

Menurut wikipedia, negara Brazil adalah negara ke-5 besar di dunia. Dari segi ekonomi, negara ini juga dijangka akan menjadi negara ke-5 besar dari segi ekonomi. Banyak sumber eksport didapati dalam negara ini seperti: kapal terbang, barangan elektronik, kereta, tekstil, ...dan jangan lupa kopi. Eksport automobil, kapal terbang, komputer telah menyumbang 30.8% daripada GDP (KDNK) negara.

Tenaga elektrik pula datang dari hidroelektrik dan etanol, semuanya sumber tenaga mesra alam dan boleh diperbaharui. R&D giat dijalankan di universiti tempatan dan pusat penyelidikan. Sekarang kajian dibuat untuk memajukan tenaga nuklear dan proses pembinaan "nuclear submarine". Ini menunjukkan bahawa kemajuan teknologi amat membantu dalam ekonomi negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Write your comment here.