THE MAKING OF VIDEO TEKNIK STICKER US90

Proses membuat video ini bukannya mudah. Pada mulanya saya membuat imej protraktor dengan menggunakan software gimp untuk menghasilkan transparency. Selepas itu, saya membuat powerpoint slaid beranimasi khasnya menggunakan animation - motion path.

Namun seperti yang pernah saya sebut dalam post yang lama, semua animasi tidak akan berfungsi jika file ini hanya diupload dalam scribd. Maka terpaksa saya upload dalam authorSTREAM. Masalah utama dalam authorpointLITE ialah motion path untuk protraktor menjadi tidak tepat. Sudut yang hendak diukur juga lari. Maka saya terpaksa ubah file powerpoint kepada flash.

Program mengubah ppt kepada flash .avi memang banyak. Tetapi saya download software opensource yang percuma iaitu CamStudio. CamStudio amat user-friendly sebab ia berfungsi dengan merekod screenplay. Kelemahan pada CamStudio ialah proses start recording dan stop recording juga direkod, dan file yang direkod amatlah besar...contohnya file di atas itu 65 MB.

Untuk membuang bahagian depan (proses start recording) dan bahagian belakang (stop recording)yang tidak dikehendaki, saya guna program freemake video converter...satu software yang percuma juga. Selepas editing dengan memotong bahagian depan dan belakang video yang tidak dikehendaki, wow! file menjadi kecil...tinggal 8 MB sahaja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Write your comment here.