MapMaker

MapMaker ialah satu aplikasi membina peta yang dibuat oleh National Geographic Society.  Kita boleh memilih kawasan dalam dunia yang kita hendak label.  Contoh kawasan dunia, Asia, Afrika, Antartika, Australia dan Oceania, Eropah, Amerika Utara dan Amerika Selatan, Canada, Amerika Syarikat dan Mexico.  Selain daripada kawasan kita juga boleh memilih negara, contohnya Malaysia.

Kita boleh melabel peta tersebut mengikut spesifikasi seperti Tajuk, garisan longitud dan latitud, sempadan negara, nama benua dan nama lautan.  Selain itu, terdapat 4 jenis alat melukis yang disediakan untuk kita melukis garisan dan label dalam peta.  Fungsi yang paling hebat adalah "markers" yang merupakan simbol yang boleh kita "drag and drop" ke dalam peta.

Apabila siap melabel, kita dapat mencetak peta atau simpan dalam bentuk pdf.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Write your comment here.