MELUKIS KERATAN RENTAS MENGGUNAKAN STICKY NOTES

Apabila anda diminta melukis keratan rentas untuk rajah di bawah, anda boleh menggunakan sticky notes untuk menggantikan jalur kertas.  Cara ini lebih mudah dan cepat.


Lekat sticky notes ini pada garisan XY.   Tanda semua XY dan semua garisan kontur yang bersentuh dengan garisan XY.  Labelkan ketinggian bagi garisan kontur tersebut.


Pindahkan dan lekat sticky notes ke atas keratan rentas yang ingin dilukis.  Lukis garisan putus-putus ke atas.  Sambung semua titik-titik persilangan dan membentuk keratan rentas.  Siap!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Write your comment here.